-
2 Raja-Raja 5:20-22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
20 Gehazi,+ iaitu pembantu Nabi Elisa,+ berkata dalam hatinya, “Tuan aku telah membenarkan Naaman+ pergi tanpa menerima apa-apa pun daripadanya. Aku bersumpah demi Yehuwa, Tuhan yang hidup, bahawa aku akan mengejar orang Siria itu dan mendapatkan sesuatu daripadanya.” 21 Gehazi pun mengejar Naaman. Apabila Naaman nampak seseorang sedang mengejarnya, dia turun dari kereta kuda untuk menemuinya lalu bertanya, “Adakah semuanya baik?” 22 Gehazi menjawab, “Ya, tuan. Tetapi majikanku mengutus aku kepada tuan. Katanya, ‘Tadi, dua orang daripada sekumpulan nabi* dari kawasan pergunungan Efraim datang kepadaku. Oleh itu, tolonglah beri kedua-dua orang pemuda itu satu talenta perak dan dua pasang pakaian.’”+
-
-
Yeremia 17:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Seperti burung yang menetaskan telur yang bukan miliknya,
Begitulah orang yang memperoleh kekayaan dengan cara yang tidak jujur.+
Pada pertengahan umurnya, dia akan kehilangan kekayaannya,
Dan pada akhir hidupnya akan terbukti bahawa dia orang yang bodoh sekali.”
-