-
1 Raja-Raja 21:8-11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Kemudian Izebel menulis beberapa pucuk surat atas nama Raja Ahab dan memeterainya dengan meterai raja.+ Selepas itu dia mengirimkan surat-surat itu kepada para pemimpin+ dan orang bangsawan yang tinggal di kota yang sama dengan Nabot. 9 Dalam surat-surat itu, Izebel menulis: “Isytiharkanlah puasa dan suruhlah Nabot duduk di tempat yang khas di depan semua orang. 10 Suruhlah dua orang yang jahat duduk di depan Nabot dan menuduh dia,+ ‘Kamu telah mengutuk Tuhan dan raja!’+ Kemudian bawalah Nabot keluar dan rejamlah dia sampai mati.”+
11 Maka orang yang tinggal di dalam kota itu, iaitu para pemimpin dan orang bangsawan, melaksanakan perintah Izebel, sesuai dengan apa yang dinyatakan dalam surat-surat yang dikirimnya.
-
-
Yeremia 38:4, 5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Para pemimpin berkata kepada raja, “Tuanku, bunuhlah lelaki ini!+ Dia sedang melemahkan semangat tentera yang masih ada di dalam kota dan semua rakyat yang lain dengan kata-katanya itu. Dia bukannya mahu rakyat hidup dengan damai, sebaliknya dia mahu mereka ditimpa malapetaka.” 5 Raja Zedekia menjawab mereka, “Perlakukanlah dia sesuka hati kamu. Beta tidak dapat menghalang kamu.”
-