PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 3:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Segenap umat Israel mendengar tentang keputusan yang dibuat oleh raja. Mereka berasa amat kagum terhadap Raja Salomo+ kerana Tuhan telah mengurniakan kebijaksanaan kepadanya untuk menghakimi mereka dengan baik.+

  • 1 Raja-Raja 4:29-31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 29 Tuhan memberi Salomo kebijaksanaan dan hikmat yang luar biasa. Tuhan juga memberinya pengetahuan yang banyak* seperti pasir di pantai.+ 30 Raja Salomo menjadi jauh lebih bijaksana daripada semua orang yang menetap di Timur dan di Mesir.+ 31 Dia lebih bijaksana daripada semua orang. Kebijaksanaan Salomo jauh lebih hebat daripada Etan+ orang Ezrah, dan anak-anak Mahol, iaitu Heman,+ Kalkol,+ dan Darda. Nama Salomo menjadi terkenal di semua negeri di sekitarnya.+

  • 2 Tawarikh 1:10-12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Berikanlah kebijaksanaan dan pengetahuan kepadaku+ agar aku dapat memimpin umat-Mu. Jika tidak, bagaimana mungkin aku dapat memimpin umat-Mu yang begitu banyak?”+

      11 Tuhan berfirman kepada Salomo, “Engkau tidak meminta kekayaan dan kemakmuran. Engkau juga tidak meminta penghormatan, kematian musuhmu, dan umur yang panjang. Sebaliknya engkau menginginkan kebijaksanaan dan pengetahuan agar dapat memimpin umat-Ku yang diperintah olehmu.+ 12 Oleh itu, Aku akan mengurniai engkau kebijaksanaan dan pengetahuan. Selain itu, Aku juga akan mengurniai engkau kekayaan, kemakmuran, dan penghormatan yang tidak pernah dimiliki oleh raja-raja sebelummu, dan tidak akan dimiliki oleh raja-raja selepasmu.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi