-
Ulangan 15:10, 11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Kamu mesti memberinya dengan murah hati+ dan membantunya dengan senang hati, supaya Yehuwa memberkati segala usaha kamu.+ 11 Orang miskin akan sentiasa ada dalam kalangan kamu.+ Itulah sebabnya aku memberikan perintah ini: ‘Di negeri kamu, kamu mesti membantu saudara kamu yang susah dan kamu mesti bermurah hati kepada saudara kamu yang miskin.’+
-
-
Lukas 14:13, 14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Sebaliknya, semasa kamu mengadakan jamuan, jemputlah orang miskin, orang tempang, orang buta, dan orang lain yang kurang upaya.+ 14 Berbahagialah kamu setelah berbuat demikian, kerana mereka tidak mempunyai apa-apa untuk membalas kamu. Kamu akan menerima balasan kamu semasa orang yang melakukan apa yang benar dibangkitkan.”+
-
-
Ibrani 6:10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Hal ini demikian kerana Tuhan bukannya tidak adil. Dia tidak melupakan kerja yang telah kamu lakukan dan kasih yang telah kamu tunjukkan demi nama-Nya+ dengan menolong umat suci-Nya, baik dahulu mahupun sekarang.
-