-
Pengkhutbah 11:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Wahai orang muda, bersukacitalah sementara kamu masih muda. Hendaklah hatimu menikmati zaman mudamu. Ikutilah keinginan hatimu dan pandangan matamu. Tetapi ketahuilah bahawa Tuhan yang benar akan mengadili segala tindakanmu.+
-
-
Matius 12:36, 37Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
36 Aku memberitahu kamu bahawa pada Hari Penghakiman, manusia akan dipertanggungjawabkan+ atas setiap perkataan sia-sia yang pernah dituturkan. 37 Jika kata-katamu baik, Tuhan akan menyatakan bahawa kamu sedang melakukan apa yang benar. Tetapi jika kata-katamu jahat, Tuhan akan menghakimi kamu.”
-
-
2 Korintus 5:10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Hal ini demikian kerana kita semua mesti menghadap tempat pengadilan Kristus. Setiap orang akan mendapat balasan setimpal dengan perbuatan yang sering dilakukannya semasa dia hidup sebagai manusia, sama ada perbuatan baik atau jahat.+
-
-
1 Timotius 5:24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Dosa sesetengah orang diketahui secara umum, lalu membawa penghakiman dengan serta-merta. Tetapi dosa orang lain menjadi nyata kelak.+
-