-
Pengkhutbah 2:4-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Aku juga melakukan kerja-kerja yang menakjubkan.+ Aku membina rumah-rumah+ dan menanam banyak anggur untuk diriku.+ 5 Aku membuat taman dan kebun untuk diriku lalu menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan di situ. 6 Aku membina kolam-kolam air bagi diriku, untuk mengairi pokok-pokok* yang rimbun. 7 Aku mendapatkan hamba-hamba lelaki dan perempuan,+ dan ada juga hamba-hamba yang lahir dalam rumah tanggaku. Aku juga memiliki banyak sekali binatang ternakan, seperti lembu, biri-biri, dan kambing.+ Bilangan ternakanku jauh lebih banyak daripada ternakan sesiapa pun yang pernah tinggal di Yerusalem. 8 Aku mengumpulkan perak dan emas untuk diriku,+ seperti yang dimiliki oleh raja-raja yang menguasai tanah jajahan.+ Selain itu, aku mengumpulkan ramai penyanyi lelaki dan wanita, serta apa yang menyenangkan hati manusia, iaitu wanita-wanita.
-