PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 19:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Maka Yonatan mengatakan hal-hal baik tentang Daud+ kepada bapanya Saul. Dia berkata, “Ayahanda tidak patut berdosa terhadap Daud, hamba ayahanda, kerana dia tidak berbuat salah terhadap ayahanda. Malah dia telah berjasa terhadap ayahanda.

  • 1 Samuel 25:23, 24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Ketika Abigail nampak Daud, dia segera turun dari keldai. Dia berlutut dan bersujud di hadapan Daud. 24 Kemudian dia bersujud di kaki Daud dan berkata, “Tuan! Biarlah aku yang menanggung kesalahan itu. Benarkanlah hamba perempuanmu ini bercakap dan dengarkanlah kata-kata hamba.

  • Ester 4:13, 14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 dia mengirim pesanan kepada Ester, “Jangan fikir bahawa kamu lebih selamat daripada orang Yahudi yang lain hanya kerana kamu tinggal di istana. 14 Jika kamu berdiam diri pada masa ini, orang Yahudi tetap ditolong dan dibebaskan dengan cara yang lain,+ tetapi kamu dan keturunan ayahmu akan binasa. Siapa tahu, mungkin kamu telah dipilih menjadi permaisuri untuk membantu bangsamu pada saat-saat seperti ini.”+

  • Mazmur 145:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Mereka akan mengumumkan kegemilangan kerajaan-Mu+

      Dan mengisytiharkan keperkasaan-Mu,+

  • Amsal 9:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  8 Jangan menegur orang yang suka mencemuh kerana dia akan membencimu.+

      Tetapi jika kamu menegur orang yang bijaksana, dia akan mengasihimu.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi