PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 36:22, 23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores+ dari Persia, Yehuwa memastikan apa yang difirmankan oleh-Nya melalui Yeremia+ menjadi kenyataan. Yehuwa menggerakkan hati Raja Kores dari Persia untuk mengeluarkan satu perintah yang akan dicatat lalu diumumkan di seluruh kerajaannya.+ Perintah itu berbunyi: 23 “Inilah kata-kata Raja Kores dari Persia: ‘Yehuwa, Tuhan yang berkuasa atas syurga, telah menyerahkan semua kerajaan di bumi kepada beta.+ Dia juga memberikan tugas kepada beta untuk membina sebuah rumah untuk-Nya di Yehuda, iaitu di Yerusalem.+ Siapakah dalam kalangan kamu yang merupakan umat-Nya? Biarlah orang itu pulang ke Yerusalem, dan semoga Yehuwa, Tuhannya, menyertainya.’”+

  • Ezra 6:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 “Pada tahun pertama pemerintahan Raja Kores, Raja Kores mengeluarkan perintah berkenaan Rumah Tuhan di Yerusalem:+ ‘Hendaklah rumah itu dibina semula sebagai tempat orang mempersembahkan korban. Letakkanlah asas rumah itu, dan rumah itu haruslah berukuran 60 hasta* tinggi dan 60 hasta lebar.+

  • Yesaya 45:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Yehuwa, ketua angkatan syurga, berfirman, “Demi tujuan-Ku yang benar, Aku telah menggerakkan seseorang untuk bertindak.+

      Aku akan meluruskan semua jalan yang dilaluinya.

      Dia akan membina kota-Ku+

      Dan membebaskan umat-Ku yang ditawan,+ tanpa rasuah dan tanpa bayaran.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi