PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ester 8:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Di setiap wilayah dan di setiap kota, di mana sahaja perintah dan undang-undang raja disampaikan, orang Yahudi bersukacita dan bergembira. Mereka mengadakan jamuan dan berpesta ria. Bahkan banyak orang daripada bangsa-bangsa lain menjadi orang Yahudi+ kerana mereka takut terhadap bangsa itu.

  • Yesaya 14:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Yehuwa akan berbelas kasihan terhadap keturunan Yakub,+ dan Dia akan memilih umat Israel+ lagi. Dia akan menempatkan mereka di negeri mereka sendiri,+ dan orang asing akan datang bersama mereka dan menyertai keturunan Yakub.+ 2 Bangsa-bangsa akan membawa mereka pulang ke tanah air mereka, iaitu ke tanah milik Yehuwa. Di sana, bangsa-bangsa akan menjadi hamba lelaki dan hamba perempuan+ kepada orang Israel. Orang Israel akan menawan orang yang dahulunya menawan mereka, dan mereka akan menguasai orang yang dahulunya memaksa mereka untuk bekerja.

  • Yesaya 49:23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Raja-raja akan menjagamu,+

      Dan puteri-puteri mereka akan menjadi pengasuhmu.

      Mereka akan bersujud ke tanah di hadapanmu+

      Dan menjilat debu di kakimu.+

      Ketika itu, engkau pasti akan tahu bahawa Akulah Yehuwa;

      Orang yang berharap kepada-Ku tidak akan dimalukan.”+

  • Yesaya 60:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Anak-anak penindasmu akan datang untuk bersujud di hadapanmu;

      Semua orang yang menghinamu akan bersujud di kakimu.

      Mereka akan memanggil engkau kota Yehuwa,

      Sion milik Tuhan Israel Yang Suci.+

  • Yesaya 61:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  5 “Orang yang tidak dikenali akan datang untuk menggembala kawanan kamu,

      Dan orang asing+ akan menjadi petani dan penjaga ladang anggur kamu.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi