PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 29:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Oleh itu, Yehuwa, Tuhan yang menebus Abraham,+ berfirman kepada keturunan Yakub,

      “Yakub tidak akan dimalukan lagi.

      Mukanya tidak akan menjadi pucat lagi.*+

  • Yesaya 54:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Janganlah takut,+ kerana engkau tidak akan dimalukan;+

      Janganlah berasa hina, kerana engkau tidak akan dikecewakan.

      Engkau akan melupakan rasa malu yang engkau alami pada waktu muda,

      Dan engkau tidak akan mengingati rasa aib yang engkau tanggung semasa engkau menjadi balu.”

  • Yoel 2:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 Kamu pasti akan makan sehingga puas,+

      Dan kamu akan memuji nama-Ku, iaitu Yehuwa.+

      Aku, Tuhan kamu, telah melakukan hal-hal yang luar biasa demi kamu.

      Ya, umat-Ku tidak akan dihina lagi.+

  • Zefanya 3:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Pada hari itu, engkau tidak perlu berasa malu

      Atas semua perbuatanmu semasa engkau memberontak terhadap Aku.+

      Aku akan menyingkirkan semua orang yang sombong dan angkuh dalam kalanganmu.

      Engkau tidak akan bersikap angkuh lagi di gunung-Ku yang suci.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi