-
Yesaya 44:16, 17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Dia membakar separuh daripada kayu itu dalam api,
Lalu memanggang daging, memakan daging itu, dan berasa puas.
Dia juga memanaskan badannya sambil berkata,
“Alangkah hangatnya api ini!”
17 Dia menggunakan kayu yang selebihnya untuk membuat dewa, iaitu patung berukir.
Dia bersujud dan menyembah patung itu.
Dia berdoa kepada patung itu dan berkata,
“Selamatkanlah aku, kerana engkaulah tuhanku.”+
-
-
Daniel 3:5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Sewaktu kamu mendengar bunyi trompet, seruling, ziter, kecapi kecil, alat muzik bertali, begpaip, dan alat-alat muzik yang lain, kamu harus sujud menyembah patung emas yang telah didirikan oleh Raja Nebukadnezar.
-