-
2 Raja-Raja 25:18-21Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Ketua pengawal istana itu menangkap Serayah+ yang bertugas sebagai ketua imam, dan Zefanya,+ iaitu imam yang menjadi penolongnya, serta tiga orang penjaga pintu.+ 19 Dari kota itu, dia juga menangkap seorang pegawai istana yang mengetuai pasukan tentera, lima orang penasihat peribadi raja, seorang setiausaha ketua tentera yang mengumpulkan pasukan tentera, dan 60 orang rakyat biasa. 20 Nebuzaradan+ membawa mereka ke Ribla+ untuk menghadap raja Babilon. 21 Raja Babilon membunuh mereka semua. Mereka dihukum mati di Ribla yang terletak di tanah Hamat.+ Demikianlah orang Yehuda dibuang negeri.+
-