PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 32:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Yehuwa berfirman lagi kepada Musa, “Aku tahu bahawa umat ini memang degil.+

  • 2 Raja-Raja 17:13, 14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Yehuwa terus memberikan peringatan kepada orang Israel dan orang Yehuda menerusi semua nabi dan utusan.*+ Dia berfirman, “Berbaliklah daripada haluan kamu yang jahat!+ Patuhilah arahan dan perintah-Ku serta segala sesuatu yang tertulis dalam hukum-Ku yang telah Aku berikan kepada nenek moyang kamu menerusi nabi-nabi-Ku.” 14 Tetapi mereka tidak mendengarkan-Nya, dan mereka tetap berdegil seperti nenek moyang mereka yang tidak beriman terhadap Yehuwa, Tuhan mereka.+

  • 2 Tawarikh 36:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka, terus-menerus menghantar utusan-Nya untuk memberikan amaran kepada mereka, kerana Dia mengasihani umat-Nya dan tempat suci-Nya.* 16 Tetapi mereka tidak henti-henti mentertawakan utusan Tuhan yang benar.+ Mereka memandang remeh firman-Nya+ dan menghina nabi-nabi-Nya.+ Oleh itu, Yehuwa murka terhadap mereka+ sehingga mereka tidak dapat diselamatkan* lagi.

  • Mazmur 78:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  8 Dengan demikian, mereka tidak akan menjadi seperti nenek moyang mereka,

      Sebuah generasi yang degil dan suka memberontak,+

      Sebuah generasi yang hatinya goyah,*+

      Dan yang tidak ingin setia kepada Tuhan.

  • Yehezkiel 3:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Tetapi bangsa Israel pasti enggan mendengar engkau kerana mereka tidak mahu mendengar Aku.+ Mereka semua keras kepala dan keras hati.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi