PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 31:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Apabila Aku membawa mereka ke tanah yang telah Aku janjikan kepada nenek moyang mereka,+ iaitu tanah yang melimpah dengan susu dan madu itu,+ mereka akan hidup makmur serta menikmati makanan dengan sepuas-puasnya.+ Tetapi kemudiannya, mereka tidak akan menunjukkan hormat kepada-Ku. Mereka akan pergi menyembah tuhan-tuhan lain dan melanggar perjanjian-Ku.+

  • 2 Raja-Raja 17:13, 14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Yehuwa terus memberikan peringatan kepada orang Israel dan orang Yehuda menerusi semua nabi dan utusan.*+ Dia berfirman, “Berbaliklah daripada haluan kamu yang jahat!+ Patuhilah arahan dan perintah-Ku serta segala sesuatu yang tertulis dalam hukum-Ku yang telah Aku berikan kepada nenek moyang kamu menerusi nabi-nabi-Ku.” 14 Tetapi mereka tidak mendengarkan-Nya, dan mereka tetap berdegil seperti nenek moyang mereka yang tidak beriman terhadap Yehuwa, Tuhan mereka.+

  • Nehemia 9:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 “Namun mereka tidak patuh, malah memberontak terhadap-Mu+ dan mengabaikan* Hukum-Mu. Engkau telah mengutus nabi-nabi untuk memberi mereka amaran dan menyuruh mereka kembali kepada-Mu, tetapi mereka membunuh semua nabi itu. Mereka juga telah melakukan perbuatan-perbuatan teruk yang menghina Engkau.+

  • Yesaya 1:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Malanglah kamu, hai bangsa yang berdosa!+

      Kamu umat yang sarat dengan perbuatan yang salah!

      Kamu keturunan yang jahat dan anak-anak yang keji!

      Kamu telah menolak Yehuwa;+

      Kamu tidak menghormati Tuhan Israel Yang Suci;

      Kamu telah meninggalkan-Nya.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi