-
Matius 27:12-14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Tetapi semasa Yesus dituduh oleh para ketua imam dan pemimpin orang Yahudi, dia membisu sahaja.+ 13 Maka Pilatus berkata kepadanya, “Tidakkah kamu mendengar tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh mereka terhadapmu?” 14 Namun, Yesus tidak menjawab sepatah kata pun. Oleh itu, Gabenor Pilatus berasa sangat hairan.
-
-
Kisah 8:32, 33Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
32 Bahagian Ayat-Ayat Suci yang sedang dibacanya berbunyi, “Seperti seekor bebiri, dia dibawa untuk disembelih. Seperti anak bebiri yang tidak bersuara semasa bulunya digunting, dia juga tidak membuka mulutnya.+ 33 Semasa dia dihina, dia tidak dihakimi dengan adil.+ Memandangkan nyawanya dicabut dari muka bumi, tiada seorang pun yang mengambil peduli akan butiran tentang asal usulnya.”+
-