PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Samuel 7:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Beritahulah hamba-Ku Daud, ‘Inilah firman Yehuwa, ketua angkatan syurga: “Dahulu engkau menjaga ternakan di padang rumput,+ tetapi Aku telah mengambil engkau dan menjadikan engkau pemimpin umat-Ku Israel.+

  • 2 Samuel 7:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Keturunanmu akan tetap memerintah dan kerajaanmu akan kekal buat selama-lamanya. Ya, takhtamu akan kukuh buat selama-lamanya.”’”+

  • 2 Samuel 23:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  5 Bukankah keturunanku seperti itu di hadapan Tuhan?

      Dia telah membuat perjanjian yang kekal denganku,+

      Yang telah diaturkan dengan terperinci dan yang tidak akan diubah.

      Perjanjian ini akan menyelamatkan aku dan memberi aku kebahagiaan.

      Sesungguhnya Tuhan pasti akan menepati perjanjian ini.+

  • Mazmur 89:28, 29
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Aku akan menunjukkan kasih setia-Ku kepadanya buat selama-lamanya,+

      Dan perjanjian-Ku dengannya tidak akan dibatalkan.+

      29 Aku akan meneguhkan keturunannya buat selama-lamanya,

      Dan takhtanya akan kekal selagi langit wujud.+

  • Yeremia 33:25, 26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 “Inilah firman Yehuwa: ‘Sebagaimana perjanjian-Ku dengan siang dan malam+ dan hukum-Ku bagi langit dan bumi tidak dapat dibatalkan,+ 26 demikian juga Aku tidak akan menolak keturunan Yakub dan keturunan hamba-Ku Daud. Aku akan memastikan bahawa keturunannya akan sentiasa memerintah keturunan Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku akan mengumpulkan semula mereka yang telah ditawan+ dan menunjukkan belas kasihan kepada mereka.’”+

  • Kisah 13:34
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 34 Tuhan telah membangkitkan dia daripada kematian dan dia tidak lagi memiliki tubuh yang akan reput. Tuhan mengesahkan hal ini semasa Dia berfirman, ‘Kasih setia yang Aku janjikan kepada Daud itu dapat dipercayai, dan Aku akan menunjukkan kasih setia itu kepada kamu.’+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi