PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 5:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Israel ialah ladang anggur Yehuwa, ketua angkatan syurga;+

      Orang Yehuda ialah pokok anggur yang disukai-Nya.

      Dia mengharapkan mereka berlaku adil,+

      Tetapi mereka berlaku tidak adil;

      Dia berharap mereka melakukan apa yang benar,

      Tetapi yang kedengaran hanyalah raungan mangsa.”+

  • Yesaya 59:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Kebenaran* sudah lenyap,+

      Dan sesiapa yang berpaling daripada kejahatan menjadi mangsa rompakan.

      Yehuwa tidak berkenan melihat semua itu,

      Kerana keadilan sudah tiada.+

  • Yeremia 5:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Jelajahilah jalan-jalan di Yerusalem.

      Lihatlah di sekelilingmu dan tumpukanlah perhatian.

      Carilah di lapangan-lapangan kotanya,

      Dan lihatlah sama ada engkau dapat menemui orang yang adil,+

      Yang berusaha menunjukkan kesetiaan.

      Jika engkau dapat menemui seorang pun, Aku akan mengampuni kota Yerusalem.

  • Amos 6:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Adakah kuda akan berlari di tebing batu,

      Atau adakah orang akan membawa lembu untuk membajak di situ?

      Kamu memutarbalikkan keadilan dan menyalahgunakan kuasa,*

      Kamu terus menindas orang sehingga mereka hidup dalam keperitan.+

  • Habakuk 1:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Itulah sebabnya undang-undang menjadi tidak berguna.

      Keadilan tidak pernah ditegakkan.

      Orang jahat menindas orang yang baik,

      Dan keadilan telah diputarbelitkan.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi