PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 35:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Mereka yang ditebus oleh Yehuwa akan kembali;+ mereka akan datang ke Sion sambil bersorak dengan riang.+

      Kegembiraan yang tidak berkesudahan akan menjadi mahkota mereka.+

      Mereka tidak akan bersedih ataupun mengeluh lagi,+

      Tetapi mereka akan bersukacita dan bergirang hati.

  • Yesaya 61:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Umat-Ku tidak akan dimalukan, sebaliknya mereka akan diberkati dua kali ganda.

      Mereka tidak akan dihina, tetapi mereka akan bersorak dengan gembira atas bahagian yang diterima.

      Mereka akan mendapat harta dua kali ganda di negeri mereka+

      Dan bersukacita untuk selama-lamanya.+

  • Yeremia 33:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “Inilah firman Yehuwa: ‘Kamu mengatakan bahawa tempat ini ialah tanah tandus yang tidak didiami manusia atau ternakan. Kamu juga mengatakan bahawa kota-kota Yehuda dan jalan-jalan Yerusalem sunyi, dan tiada orang, penduduk, atau ternakan di situ. Tetapi di tempat-tempat ini akan kedengaran lagi 11 suara kegembiraan, suara sukacita,+ suara pengantin lelaki, suara pengantin perempuan, dan suara orang yang berkata, “Bersyukurlah kepada Yehuwa, ketua angkatan syurga, kerana Yehuwa baik.+ Kasih setia-Nya kekal abadi!”’+

      “‘Mereka akan membawa korban kesyukuran ke Rumah Yehuwa,+ kerana Aku akan membawa balik penduduk negeri ini yang telah ditawan, dan keadaan mereka akan kembali seperti dahulukala,’ firman Yehuwa.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi