PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 28:19, 20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Raja Ahas membiarkan orang Yehuda bertindak sesuka hati sehingga mereka langsung tidak setia kepada Yehuwa. Oleh itu, Yehuwa merendahkan Yehuda.

      20 Raja Tilgat-pilneser+ dari Assyria bukan sahaja tidak menolong Ahas, malah dia datang melawan Ahas dan membawa masalah kepadanya.+

  • Yesaya 7:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Yehuwa akan menghantar raja Assyria+ untuk menyerang tuanku. Pada masa itu, tuanku, keluarga tuanku, dan rakyat tuanku, akan mengalami kesusahan yang lebih dahsyat daripada apa yang pernah berlaku sejak Efraim berpisah dari Yehuda.+

  • Yesaya 7:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 “Pada hari itu, Yehuwa akan menggunakan raja negeri Assyria,+ yang bagaikan sebilah pisau cukur yang disewa dari kawasan Sungai Efrat, untuk mencukur rambut, bulu kaki, dan janggut penduduk Yehuda.

  • Yesaya 10:28-32
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Raja Assyria sudah sampai di Aiyat;+

      Dia sudah melintasi Migron;

      Dia sudah meninggalkan barang-barangnya di Mikhmas.+

      29 Tenteranya sudah menyeberangi sungai

      Dan bermalam di Geba.+

      Penduduk Rama gementar, dan orang dari Gibea,+ kota Saul, sudah melarikan diri.+

      30 Berteriaklah hai penduduk Galim!

      Dengarlah hai penduduk Laishah!

      Alangkah malangnya kamu, hai penduduk Anatot!+

      31 Penduduk Madmena telah melarikan diri.

      Orang di Gebim sedang mencari perlindungan.

      32 Pada hari itu juga, raja Assyria berhenti di Nob.+

      Dia mengayunkan penumbuknya ke arah kota yang terletak di Gunung Sion;

      Dia mengancam Yerusalem yang terletak di atas sebuah gunung.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi