PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 21:42
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 42 Yesus berkata kepada mereka, “Belum pernahkah kamu membaca dalam Ayat-Ayat Suci: ‘Batu yang dibuang oleh para pembina bangunan telah menjadi batu penjuru yang utama.+ Batu itu berasal daripada Yehuwa* dan betapa indahnya batu itu di mata kita’?+

  • Matius 21:44
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 44 Sesiapa yang jatuh ke atas batu itu akan hancur,+ dan sesiapa yang ditimpa batu itu akan remuk.”+

  • Lukas 20:17, 18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Tetapi Yesus memandang mereka dan berkata, “Jika begitu, apakah maksud ayat ini: ‘Batu yang dibuang oleh para pembina bangunan telah menjadi batu penjuru yang utama’?+ 18 Sesiapa yang jatuh ke atas batu itu akan hancur,+ dan sesiapa yang ditimpa batu itu akan remuk.”

  • Roma 9:31-33
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Sebaliknya, walaupun orang Israel berusaha mematuhi hukum agar mendapat perkenan Tuhan, usaha mereka gagal. 32 Apakah sebabnya? Mereka berusaha untuk mendapat perkenan Tuhan berdasarkan perbuatan sendiri dan bukannya berdasarkan iman. Oleh itu mereka tersandung pada “batu sandungan.”+ 33 Seperti yang tertulis, “Lihatlah! Aku akan meletakkan di Sion sebuah batu sandungan dan sebuah batu+ yang menyebabkan orang terjatuh. Namun, sesiapa yang beriman kepadanya tidak akan dikecewakan.”+

  • 1 Korintus 1:23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 tetapi kita menyebarkan perkhabaran tentang Kristus yang dihukum bunuh pada tiang. Perkhabaran itu telah menjadi batu sandungan bagi orang Yahudi, dan dianggap bodoh oleh bangsa-bangsa lain.+

  • 1 Petrus 2:7, 8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Oleh itu, dia berharga bagi kamu kerana kamu percaya. Tetapi bagi mereka yang tidak percaya, “batu yang dibuang oleh para pembina bangunan+ telah menjadi batu penjuru yang utama”+ 8 dan “batu sandungan dan batu yang menyebabkan orang terjatuh.”+ Mereka tersandung kerana mereka tidak mematuhi firman Tuhan. Itulah kesudahan yang menantikan mereka.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi