8 Sempadan itu menuju ke arah Lembah Hinom+ sampai ke selatan lereng gunung orang Yebus,+ iaitu Yerusalem.+ Dari situ sempadan itu menuju ke puncak gunung yang terletak di sebelah barat Lembah Hinom. Gunung itu terletak di hujung bahagian utara Lembah* Refaim.
12 Sempadan di sebelah barat ialah Laut Tengah*+ dan sepanjang persisiran pantainya. Itulah sempadan bagi tanah yang diberikan kepada keluarga-keluarga dalam suku Yehuda.
11 Setelah membuang undi, keluarga-keluarga dalam suku Benyamin menerima tanah mereka. Kawasan yang diberikan kepada mereka terletak di antara tanah milik keturunan Yehuda+ dan keturunan Yusuf.+
16 lalu turun ke kaki gunung yang menghadap Lembah Hinom,+ di sebelah utara Lembah* Refaim.+ Kemudian sempadan itu turun ke Lembah Hinom, ke lereng di sebelah selatan tanah orang Yebus,+ dan turun ke En-rogel.+