PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 18:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 “‘Jangan menajiskan diri kamu dengan perbuatan-perbuatan itu. Bangsa-bangsa lain telah menajiskan diri mereka dengan perbuatan-perbuatan sedemikian. Itulah sebabnya Aku akan mengusir mereka dari hadapan kamu.+

  • Bilangan 35:33, 34
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 33 “‘Kamu tidak boleh melakukan pembunuhan di tanah tempat tinggal kamu. Hal ini demikian kerana penumpahan darah akan menajiskan tanah kamu,+ dan tiada apa-apa yang dapat menyucikan tanah itu kecuali dengan menumpahkan darah orang yang membunuh itu.+ 34 Kamu tidak boleh menajiskan tanah tempat tinggal kamu kerana Aku tinggal bersama-sama kamu. Ya, Aku, Yehuwa, berada dalam kalangan umat Israel.’”+

  • 2 Tawarikh 33:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Namun Manasye asyik menyesatkan Yehuda dan penduduk Yerusalem. Dia menyebabkan mereka melakukan dosa yang lebih teruk daripada dosa bangsa-bangsa yang telah diusir oleh Yehuwa dari hadapan orang Israel.+

  • Yeremia 3:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Orang bertanya, “Jika seorang suami mengusir isterinya dan isterinya meninggalkan dia lalu menjadi isteri orang lain, patutkah bekas suami itu mengambil dia kembali sebagai isteri?”

      Bukankah tanah ini telah tercemar sama sekali?+

      “Engkau telah melacur dengan banyak orang.+

      Jadi patutkah engkau kembali kepada-Ku sekarang?” firman Yehuwa.

  • Yeremia 23:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Negeri ini sarat dengan orang yang berzina.+

      Negeri ini meratap kerana telah dikutuk,+

      Dan rumput di padang belantara telah menjadi kering.+

      Mereka mengikut haluan yang jahat dan menyalahgunakan kuasa mereka.

      11 “Para nabi dan para imam sudah tercemar.*+

      Aku mendapati mereka berbuat jahat bahkan di dalam Rumah-Ku,”+ firman Yehuwa.

  • Ratapan 4:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Tetapi hal itu berlaku disebabkan dosa para nabinya dan kesalahan para imamnya.+

      Mereka menumpahkan darah orang baik yang tinggal dalam kalangan mereka.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi