PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 32:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Menara yang berkubu akan terbiar;

      Kota yang riuh akan ditinggalkan.+

      Ofel*+ dan menara pengawal akan menjadi tanah tandus buat selama-lamanya.

      Keldai liar akan berkeliaran di situ,

      Dan ternakan akan meragut rumput di tempat itu.+

  • Yeremia 9:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Aku akan menjadikan Yerusalem timbunan batu+ dan sarang serigala,+

      Dan Aku akan menjadikan kota-kota Yehuda tanah yang tandus dan tidak berpenghuni.+

  • Ratapan 1:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Jalan-jalan yang menuju ke Sion sedang meratap, kerana tiada seorang pun yang datang pada hari perayaan.+

      Pintu-pintu gerbang Sion sunyi sepi,+ dan para imamnya berkeluh-kesah.

      Gadis-gadisnya* bersedih, dan Sion diselubungi dukacita.

  • Ratapan 2:8, 9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  8 Yehuwa telah memutuskan untuk menghancurkan tembok Sion.+

      Dia telah merentangkan tali pengukur-Nya;+

      Tanpa teragak-agak, Dia mendatangkan kemusnahan dengan tangan-Nya.

      Dia menyebabkan benteng dan temboknya menangis,

      Kerana kedua-duanya sudah menjadi lemah.

      ט [Tet]

       9 Dia telah mematahkan dan menghancurkan palang pintu gerbang Sion.+

      Pintu-pintu gerbangnya telah terbenam ke dalam tanah.

      Raja-raja dan para pembesarnya ditawan dan dibawa ke negeri asing.+

      Tiada lagi orang yang mematuhi hukum;* para nabi pun tidak mendapat penglihatan daripada Yehuwa.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi