-
Yosua 10:8-14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Yehuwa berfirman kepada Yosua, “Janganlah takut akan mereka,+ kerana Aku telah menyerahkan mereka kepadamu.+ Tiada seorang pun antara mereka yang dapat mengalahkan engkau.”+ 9 Setelah berjalan sepanjang malam dari Gilgal, Yosua menyerang orang Amori secara tiba-tiba. 10 Yehuwa mengacau-bilaukan mereka di hadapan orang Israel+ sehingga ramai antara mereka yang dibunuh di Gibeon. Orang Israel mengejar dan membunuh mereka sepanjang jalan yang naik ke Bet-horon sampai ke Azeka dan Makeda. 11 Ketika orang Amori lari daripada umat Israel, mereka terbunuh apabila Yehuwa menurunkan hujan batu yang besar ke atas mereka sepanjang jalan yang turun dari Bet-horon sampai ke Azeka. Sebenarnya, lebih banyak orang yang terbunuh disebabkan hujan batu daripada yang dibunuh oleh orang Israel dengan pedang.
12 Pada hari Yehuwa menyerahkan orang Amori kepada orang Israel, Yosua berkata kepada Yehuwa di hadapan orang Israel,
13 Maka matahari berhenti dan bulan pun tidak bergerak, sehingga umat Israel dapat mengalahkan musuh mereka. Kisah ini tertulis dalam kitab Yasar.+ Matahari berhenti di tengah-tengah langit dan tidak terbenam selama kira-kira sehari suntuk. 14 Pada hari itu, Yehuwa berperang bagi umat Israel.+ Yehuwa tidak pernah mendengarkan permintaan seorang manusia+ dengan cara sedemikian, baik sebelum mahupun selepas hari itu.
-
-
1 Tawarikh 14:10-16Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Daud bertanya kepada Tuhan, “Haruskah aku melawan orang Filistin? Adakah Engkau akan menyerahkan mereka ke dalam tanganku?” Yehuwa menjawab, “Ya pergilah, dan Aku pasti akan menyerahkan mereka ke dalam tanganmu.”+ 11 Oleh itu, Daud pergi ke Baal-perasim+ dan mengalahkan mereka di sana. Lalu dia berkata, “Seperti tembok yang hancur dirempuh air, musuh-musuhku telah dimusnahkan oleh Tuhan yang benar melalui aku.” Itulah sebabnya mereka menamakan tempat itu Baal-perasim.* 12 Orang Filistin meninggalkan patung-patung berhala* mereka di sana, dan Daud memberikan perintah agar patung-patung itu dibakar dengan api.+
13 Selepas beberapa waktu, orang Filistin datang lagi untuk menyerang penduduk di lembah* itu.+ 14 Sekali lagi, Daud meminta petunjuk Tuhan tetapi Tuhan yang benar memberitahunya, “Janganlah serang mereka dari depan. Sebaliknya, seranglah mereka dari belakang, iaitu dekat semak samun.*+ 15 Sebaik sahaja engkau mendengar bunyi derap kaki di atas semak itu, lancarkanlah serangan. Hal ini demikian kerana Aku, Tuhan yang benar, akan mendahuluimu dan mengalahkan tentera Filistin itu.”+ 16 Daud melakukan segala yang telah diperintahkan oleh Tuhan yang benar,+ dan mereka mengalahkan tentera Filistin dari Gibeon sampai ke Gezer.+
-