PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 16:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Semasa perayaan itu, kamu harus bersukacita+ bersama anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kamu, hamba lelaki dan hamba perempuan kamu, orang Lewi, orang asing, anak yatim, dan balu, yang tinggal di kota-kota kamu.

  • Mazmur 42:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  4 Apabila aku mengenangkan masa lalu, jiwaku amat sedih dan lesu;*

      Dahulu aku pernah berjalan bersama orang ramai

      Untuk pergi ke Rumah-Mu.

      Ya, aku pernah berjalan di hadapan orang ramai yang sedang menyambut perayaan.

      Kami berjalan dengan perlahan sambil bersorak-sorai dan mengucapkan syukur.+

  • Yeremia 33:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “Inilah firman Yehuwa: ‘Kamu mengatakan bahawa tempat ini ialah tanah tandus yang tidak didiami manusia atau ternakan. Kamu juga mengatakan bahawa kota-kota Yehuda dan jalan-jalan Yerusalem sunyi, dan tiada orang, penduduk, atau ternakan di situ. Tetapi di tempat-tempat ini akan kedengaran lagi 11 suara kegembiraan, suara sukacita,+ suara pengantin lelaki, suara pengantin perempuan, dan suara orang yang berkata, “Bersyukurlah kepada Yehuwa, ketua angkatan syurga, kerana Yehuwa baik.+ Kasih setia-Nya kekal abadi!”’+

      “‘Mereka akan membawa korban kesyukuran ke Rumah Yehuwa,+ kerana Aku akan membawa balik penduduk negeri ini yang telah ditawan, dan keadaan mereka akan kembali seperti dahulukala,’ firman Yehuwa.”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi