-
Yesaya 29:18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Pada masa itu, orang tuli akan mendengar kata-kata yang dibacakan daripada kitab,
Dan orang buta akan dibebaskan daripada kegelapan dan kekelaman, lalu dapat melihat.+
-
-
Markus 7:32-35Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
32 orang di situ membawa seorang lelaki yang pekak dan mempunyai masalah pertuturan kepadanya.+ Mereka merayu agar dia meletakkan tangannya ke atas lelaki tersebut. 33 Yesus membawa lelaki itu jauh daripada orang ramai. Apabila tiada orang lain di situ, Yesus meletakkan jarinya ke dalam telinga lelaki itu. Selepas itu dia meludah dan menyentuh lidah lelaki tersebut.+ 34 Kemudian Yesus menengadah ke langit dan menarik nafas panjang lalu berkata kepadanya, “Effata,” yang bererti, “Terbukalah.” 35 Pada masa itu juga, daya pendengaran lelaki itu dipulihkan dan masalah pertuturannya pun tiada lagi.+ Dia dapat bercakap seperti biasa.
-
-
Lukas 7:22Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 Maka dia berkata kepada mereka, “Pergilah kepada Yohanes dan laporkanlah apa yang kamu lihat dan dengar: Orang buta dapat melihat,+ orang tempang dapat berjalan, pesakit kusta disembuhkan, orang tuli dapat mendengar,+ orang mati dibangkitkan, dan berita baik sedang dikhabarkan kepada orang miskin.+
-