-
2 Raja-Raja 18:4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Dialah yang telah menyingkirkan tempat-tempat pemujaan*+ dan menghancurkan tugu-tugu suci* serta merobohkan tiang-tiang suci.*+ Selain itu, dia menghancurkan ular tembaga yang dibuat oleh Musa+ kerana sampai masa itu, umat Israel masih membakar korban sehingga asap naik di depan ular tembaga itu. Orang Israel memanggil ular itu Nehustan.*
-
-
2 Tawarikh 31:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
31 Sebaik sahaja perayaan itu berakhir, semua orang Israel yang ada di Yerusalem pergi ke kota-kota di Yehuda. Mereka menghancurkan tugu-tugu suci,*+ tiang-tiang suci,*+ tempat-tempat ibadat,+ dan mazbah-mazbah+ di seluruh kawasan Yehuda dan Benyamin, bahkan di Efraim dan Manasye.+ Selepas mereka memusnahkan semuanya, mereka pulang ke kota mereka. Setiap orang pulang ke rumah masing-masing.
-