PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yosua 10:29, 30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 29 Kemudian Yosua dan semua askar Israel berangkat dari Makeda lalu pergi ke Libna. Mereka menyerang kota Libna.+ 30 Yehuwa juga menyerahkan kota itu dan rajanya+ ke dalam tangan orang Israel. Mereka menyerang kota itu dan membunuh semua orang di situ dengan pedang; tiada seorang pun yang dibiarkan hidup. Mereka memperlakukan raja kota itu sebagaimana mereka memperlakukan raja kota Yerikho.+

  • 2 Raja-Raja 8:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Namun demikian, Edom tetap memberontak terhadap Yehuda sampai hari ini. Pada masa itu juga, Libna+ memberontak terhadap Yehuda.

  • 2 Raja-Raja 19:8-13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Apabila ketua pengurus minuman mendengar bahawa raja Assyria telah berundur dari Lakhis,+ dia kembali untuk berjumpa dengan raja dan mendapati bahawa raja sedang berperang menentang Libna.+ 9 Raja Assyria mendengar bahawa Raja Tirhaka dari Etiopia* telah datang untuk berperang dengannya. Maka dia menghantar utusan+ kepada Hizkia sekali lagi. Katanya, 10 “Beritahulah Raja Hizkia dari Yehuda, ‘Tuhan yang kamu percayai mungkin berfirman, “Yerusalem tidak akan jatuh ke dalam tangan raja Assyria.” Tetapi janganlah terpedaya dengan kata-kata-Nya itu.+ 11 Kamu telah mendengar bagaimana raja-raja Assyria telah memusnahkan semua negeri lain.+ Adakah kamu sangka bahawa kamu akan terselamat? 12 Adakah tuhan-tuhan di semua negeri itu dapat menyelamatkan rakyat di situ daripada nenek moyang beta? Di manakah Gozan, Haran,+ Rezef, dan orang Eden di Tel-asar? 13 Di manakah raja orang Hamat dan raja orang Arpad? Di manakah raja dari kota Sefarwaim, kota Hena, dan kota Iwa?’”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi