-
2 Raja-Raja 19:35-37Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
35 Pada malam itu juga malaikat Yehuwa pergi ke perkhemahan Assyria dan membunuh 185,000 orang askar.+ Pada awal keesokan paginya, orang nampak mayat-mayat askar bergelimpangan di situ.+ 36 Oleh itu, Raja Sanherib dari Assyria bertolak dari sana. Dia pulang ke Niniwe+ dan tinggal di situ.+ 37 Ketika dia sedang bersujud di kuil Dewa Nisrokh, anak-anak lelakinya, Adramelekh dan Sarezer, membunuh dia dengan pedang.+ Selepas itu, mereka melarikan diri ke tanah Ararat.+ Anak lelakinya, Esar-hadon,+ menggantikannya sebagai raja.
-
-
2 Tawarikh 32:21Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
21 Oleh itu, Yehuwa mengutus satu malaikat untuk membunuh semua ketua, pemimpin, dan pahlawan yang gagah+ di perkhemahan tentera raja Assyria. Raja Assyria pun pulang ke negerinya dengan malu. Pada suatu hari, ketika raja itu masuk ke dalam kuil tuhannya, beberapa orang anak lelakinya membunuhnya dengan pedang.+
-