PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 1:23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Para pemimpinmu keras kepala dan bersubahat dengan pencuri.+

      Mereka semua suka menerima rasuah dan tamak akan hadiah.+

      Mereka tidak menegakkan keadilan bagi anak yatim,

      Dan mereka tidak mempedulikan aduan para balu.+

  • Yeremia 5:26-28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 Ada orang jahat dalam kalangan umat-Ku.

      Mereka seperti penangkap burung yang membongkok sambil memerhatikan mangsanya.

      Mereka memasang jerat yang membawa maut

      Untuk menangkap manusia.

      27 Seperti sangkar yang penuh dengan burung,

      Rumah mereka juga penuh dengan tipu daya.+

      Itulah sebabnya mereka kaya dan berkuasa.

      28 Badan mereka menjadi gemuk dan kulit mereka menjadi licin.

      Mereka sarat dengan kejahatan.

      Mereka mengutamakan kepentingan diri sendiri,

      Dan tidak membela hak anak yatim.+

      Mereka juga tidak menegakkan keadilan bagi orang miskin.’”+

  • Mikha 2:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 “Malanglah orang yang jahat!

      Sambil berbaring di katil, mereka merancang apa yang buruk.

      Apabila pagi tiba, mereka melaksanakannya,

      Kerana mereka mampu berbuat demikian.+

       2 Apabila mereka menginginkan ladang orang lain, mereka merampasnya;+

      Apabila mereka menginginkan rumah orang lain, mereka merebutnya.

      Mereka menggunakan tipu helah untuk mendapatkan rumah seseorang,+

      Dan mencuri harta pusakanya.

  • Mikha 6:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Adakah kekayaan yang tidak halal masih ada di dalam rumah orang yang jahat?

      Adakah takaran palsu yang menjijikkan itu masih ada di dalam rumah mereka?

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi