-
2 Tawarikh 36:23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 “Inilah kata-kata Raja Kores dari Persia: ‘Yehuwa, Tuhan yang berkuasa atas syurga, telah menyerahkan semua kerajaan di bumi kepada beta.+ Dia juga memberikan tugas kepada beta untuk membina sebuah rumah untuk-Nya di Yehuda, iaitu di Yerusalem.+ Siapakah dalam kalangan kamu yang merupakan umat-Nya? Biarlah orang itu pulang ke Yerusalem, dan semoga Yehuwa, Tuhannya, menyertainya.’”+
-
-
Ezra 1:3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Siapakah dalam kalangan kamu yang merupakan umat-Nya? Biarlah orang itu pulang ke Yerusalem, yang terletak di Yehuda, dan semoga Tuhannya menyertainya. Binalah semula Rumah Yehuwa, Tuhan orang Israel, yang terletak di Yerusalem.* Sememangnya Dia ialah Tuhan yang benar.
-
-
Amos 9:15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 ‘Aku akan menempatkan mereka di tanah mereka,
Iaitu tanah yang telah Kuberikan kepada mereka,
Dan mereka tidak akan dibuang dari sana lagi.’+ Aku, Yehuwa, Tuhan kamu, telah berfirman.”
-