PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 21:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 “Jika kamu membeli hamba berbangsa Ibrani,+ dia akan menjadi hamba kamu selama enam tahun. Tetapi pada tahun ketujuh, dia mesti dibebaskan tanpa membayar apa-apa kepada kamu.+

  • Imamat 25:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Tahun yang ke-50 itu merupakan tahun yang suci dan kamu mesti mengisytiharkan kebebasan kepada semua penduduk di negeri kamu.+ Tahun itu ialah Tahun Pembebasan bagi kamu. Semua orang harus mendapat kembali harta miliknya yang sudah dijual dan sesiapa yang sudah dijual sebagai hamba harus kembali kepada keluarganya.+

  • Imamat 25:39-42
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 39 “‘Jika saudara yang tinggal dalam kalangan kamu jatuh miskin lalu terpaksa menjual dirinya kepada kamu,+ jangan menyuruhnya melakukan pekerjaan seorang hamba abdi.+ 40 Kamu mesti memperlakukannya sebagaimana kamu memperlakukan pekerja upahan+ atau penduduk sementara. Dia harus bekerja untuk kamu sehingga Tahun Pembebasan yang akan datang. 41 Pada tahun itu, dia dan anak-anaknya akan meninggalkan kamu lalu pulang kepada keluarganya sendiri dan ke tanah milik nenek moyangnya.+ 42 Umat Israel ialah hamba-Ku dan Aku sudah membawa mereka keluar dari Mesir.+ Itulah sebabnya mereka tidak boleh dijual sebagai hamba abdi.

  • Ulangan 15:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 “Jika seorang Ibrani, sama ada lelaki atau perempuan, dijual kepada kamu sebagai hamba, kamu mesti membebaskan dia selepas dia bekerja untuk kamu selama enam tahun. Kamu mesti membebaskan saudara kamu itu pada tahun yang ketujuh.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi