PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 36:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka, terus-menerus menghantar utusan-Nya untuk memberikan amaran kepada mereka, kerana Dia mengasihani umat-Nya dan tempat suci-Nya.* 16 Tetapi mereka tidak henti-henti mentertawakan utusan Tuhan yang benar.+ Mereka memandang remeh firman-Nya+ dan menghina nabi-nabi-Nya.+ Oleh itu, Yehuwa murka terhadap mereka+ sehingga mereka tidak dapat diselamatkan* lagi.

  • Nehemia 9:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 “Namun mereka tidak patuh, malah memberontak terhadap-Mu+ dan mengabaikan* Hukum-Mu. Engkau telah mengutus nabi-nabi untuk memberi mereka amaran dan menyuruh mereka kembali kepada-Mu, tetapi mereka membunuh semua nabi itu. Mereka juga telah melakukan perbuatan-perbuatan teruk yang menghina Engkau.+

  • Nehemia 9:30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 Engkau bersabar terhadap mereka+ selama bertahun-tahun dan terus memberikan amaran kepada mereka melalui nabi-nabi-Mu yang dipimpin oleh kuasa suci-Mu. Tetapi mereka enggan mendengar. Akhirnya Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan bangsa-bangsa lain.+

  • Yeremia 25:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 “Sejak tahun ke-13 pemerintahan Yosia+ anak Amon, raja Yehuda, sehingga hari ini, iaitu selama 23 tahun, Yehuwa telah berfirman kepadaku. Aku telah menyampaikan firman-Nya kepada kamu berkali-kali, tetapi kamu enggan mendengar.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi