PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 28:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 “Tetapi jika kamu enggan mentaati Yehuwa, Tuhan kamu, dan enggan mematuhi semua hukum dan perintah-Nya yang aku sampaikan kepada kamu pada hari ini, Dia akan menimpakan semua kutukan yang dahsyat ini kepada kamu:+

  • Ulangan 29:26, 27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 Dia juga melarang mereka menyembah dan bersujud kepada tuhan-tuhan lain. Namun, mereka tetap pergi menyembah tuhan-tuhan yang tidak dikenali mereka.+ 27 Oleh itu, Yehuwa menjadi sangat murka lalu mendatangkan semua kutukan yang tercatat dalam kitab Hukum mereka kepada tanah mereka.+

  • Yosua 23:15, 16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Tetapi sebagaimana Yehuwa, Tuhan kamu, menepati semua perkara baik yang telah dijanjikan-Nya kepada kamu,+ demikian juga Yehuwa akan mendatangkan semua malapetaka yang telah dijanjikan-Nya kepada kamu. Dia akan melenyapkan kamu dari tanah yang indah ini yang telah diberikan oleh Tuhanmu Yehuwa, kepada kamu.+ 16 Yehuwa, Tuhan kamu, telah memerintahkan kamu untuk mematuhi perjanjian-Nya. Tetapi jika kamu melanggar perjanjian itu, dan jika kamu menyembah serta bersujud kepada tuhan-tuhan lain, maka kemarahan Yehuwa akan berkobar-kobar terhadap kamu.+ Dalam masa yang singkat, kamu akan lenyap dari tanah yang indah ini yang telah diberikan-Nya kepada kamu.”+

  • 2 Raja-Raja 23:27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Yehuwa berfirman, “Sebagaimana Aku telah melenyapkan Israel,+ Aku juga akan menyingkirkan Yehuda dari pandangan-Ku.+ Aku akan menolak Yerusalem, kota yang telah Aku pilih, dan menolak Rumah-Ku biarpun Aku pernah berfirman bahawa ‘Nama-Ku akan tetap berada di situ.’”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi