PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 24:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Selepas itu, Yehoyakim meninggal+ lalu anaknya Yehoyakhin menggantikannya sebagai raja.

  • 2 Raja-Raja 24:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Yehoyakhin+ berusia 18 tahun apabila dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama tiga bulan.+ Ibunya ialah Nehusta anak Elnatan dari Yerusalem.

  • 2 Raja-Raja 24:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Raja Nebukadnezar membawa Yehoyakhin+ ke Babilon sebagai tawanan.+ Raja juga membawa ibu Yehoyakhin, isteri-isterinya, para pegawai istananya, dan orang yang terkemuka, dari Yerusalem ke Babilon.

  • 2 Tawarikh 36:9, 10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Yehoyakhin+ berusia 18 tahun apabila dia menjadi raja, dan dia memerintah di Yerusalem selama tiga bulan dan 10 hari. Dia terus melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa.+ 10 Pada awal tahun,* Raja Nebukadnezar menghantar utusan untuk membawa Yehoyakhin ke Babilon,+ bersama dengan benda-benda berharga dari Rumah Yehuwa.+ Kemudian Nebukadnezar menjadikan bapa saudara Yehoyakhin, iaitu Zedekia, sebagai raja Yehuda dan Yerusalem.+

  • Yeremia 22:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, ‘bahawa meskipun engkau, Konia*+ anak Yehoyakim,+ raja Yehuda, merupakan cincin mohor pada tangan kanan-Ku, Aku masih akan menanggalkan engkau dari tangan-Ku!

  • Yeremia 22:30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 Inilah firman Yehuwa:

      ‘Catatlah lelaki ini sebagai orang yang tidak mempunyai anak.

      Dia akan gagal seumur hidupnya.

      Tiada seorang pun daripada keturunannya yang akan berjaya

      Duduk di atas takhta Daud dan memerintah Yehuda lagi.’”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi