PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 28:45
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 45 “Semua kutukan itu+ akan menimpa kamu sehingga kamu binasa dan kamu tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.+ Hal ini demikian kerana kamu tidak mentaati Yehuwa, Tuhan kamu, dan kerana kamu tidak mematuhi hukum dan perintah-Nya.+

  • Yeremia 44:12-14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Aku akan mengumpulkan orang Yehuda yang masih hidup dan yang bertekad untuk pergi ke Mesir untuk tinggal di sana.+ Mereka semua, tidak kira orang biasa atau orang yang berkedudukan tinggi, pasti akan lenyap di Mesir. Mereka akan mati dibunuh pedang dan mati kebuluran. Mereka akan dikutuk, dihina, dan dicemuh. Orang akan menjadi takut setelah melihat keadaan mereka.+ 13 Aku akan menghukum mereka yang tinggal di negeri Mesir sepertimana Aku telah menghukum Yerusalem dengan pedang, kebuluran, dan wabak penyakit.+ 14 Meskipun orang Yehuda yang masih hidup telah pergi ke Mesir untuk tinggal di situ, mereka tidak akan berjaya melarikan diri atau kembali ke Yehuda dengan selamat. Mereka akan rindu untuk kembali dan menetap di situ, tetapi mereka tidak akan berjaya berbuat demikian, kecuali beberapa orang.’”

  • Yeremia 44:27, 28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Sekarang Aku sedang memerhatikan mereka dan Aku akan membawa malapetaka atas mereka, dan bukannya berkat.+ Semua orang Yehuda di Mesir akan mati dibunuh pedang dan mati kebuluran sehingga mereka semua lenyap.+ 28 Hanya beberapa orang yang dapat melepaskan diri daripada serangan pedang dan kembali dari Mesir ke Yehuda.+ Kemudian barulah semua orang Yehuda yang tinggal di Mesir akan tahu kata-kata siapa yang menjadi kenyataan, firman-Ku atau kata-kata mereka.”’”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi