9 Hai penduduk Ariel, hendaklah kamu terpegun dan berasa kagum;+
Biarlah mata kamu tertutup supaya kamu tidak dapat melihat.+
Para pemimpin kamu mabuk tetapi bukan kerana minum wain;
Mereka berjalan terhuyung-hayang tetapi bukan kerana minum arak.
10 Yehuwa telah membuat kamu tidur nyenyak.+
Para nabi sepatutnya menjadi mata kamu tetapi Tuhan telah menutup mata mereka;+
Para pelihat sepatutnya menjadi kepala kamu tetapi Tuhan telah menyelubungi kepala mereka.+