-
Yesaya 43:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
43 Hai keturunan Yakub, hai orang Israel,
Inilah firman Yehuwa, Pencipta yang membentuk kamu:+
“Janganlah takut, kerana Aku sudah menebus kamu.+
Aku telah memanggil kamu dengan nama kamu.
Kamu merupakan milik-Ku.
2 Apabila kamu menyeberangi laut, Aku akan menyertai kamu.+
Apabila kamu melintasi sungai, kamu tidak akan tenggelam.+
Apabila kamu melalui api, kamu tidak akan terbakar.
Ya, nyala api tidak akan mencederakan kamu.
-