-
Bilangan 21:13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Selepas itu, mereka berangkat lagi lalu berkhemah di kawasan Lembah Arnon,+ yang terletak di padang belantara yang terbentang luas dari sempadan negeri orang Amori. Lembah Arnon ialah sempadan antara Moab dengan negeri orang Amori.
-
-
Yosua 13:8, 9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Musa telah memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan sebagai warisan kepada setengah daripada suku Manasye yang lain, suku Ruben, dan suku Gad. Tanah yang diberikan oleh Musa, hamba Yehuwa, merangkumi kawasan berikut:+ 9 Kota Aroer+ yang terletak di pinggir Lembah* Arnon,+ termasuk kota yang terletak di tengah lembah itu, dan seluruh dataran tinggi di Medeba sampai ke Dibon;
-