-
Yesaya 25:10, 11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Yehuwa akan melindungi gunung itu+ dengan tangan-Nya,*
Tetapi orang Moab akan dipijak-pijak di negeri mereka sendiri,+
Seperti jerami yang dipijak-pijak di atas timbunan baja.
11 Dia akan merentangkan tangan-Nya untuk memukul Moab,
Seperti seorang perenang yang merentangkan tangannya untuk memukul air semasa berenang.
Dengan gerakan tangan-Nya yang tangkas,
Dia akan merendahkan Moab yang angkuh.+
-
-
Zefanya 2:9, 10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Oleh itu, demi Aku yang hidup,” firman Yehuwa, ketua angkatan syurga, Tuhan orang Israel,
“Aku bersumpah bahawa Moab akan menjadi seperti Sodom,+
Dan Ammon akan menjadi seperti Gomora.+
Kedua-duanya akan dipenuhi semak dan lubang garam, serta menjadi tanah tandus buat selama-lamanya.+
Umat-Ku yang terselamat akan menjarah harta penduduk di situ,
Dan merampas apa yang dimiliki oleh mereka.
10 Itulah kesudahan mereka kerana mereka angkuh dan sombong,+
Serta mencela umat milik Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga.
-