PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 21:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  2 Aku mendapat penglihatan tentang kejadian yang kejam:

      Bangsa yang licik akan berbuat khianat,

      Dan bangsa yang suka akan kemusnahan akan membawa kebinasaan.

      Majulah, hai tentera Elam! Kepunglah kota-kota, hai tentera Media!+

      Tuhan akan mengakhiri segala keluhan yang disebabkan oleh negeri itu.*+

  • Yeremia 51:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 “Gilaplah anak-anak panah!+ Angkatlah perisai-perisai bulat!*

      Yehuwa telah membangkitkan semangat raja-raja Media,+

      Kerana Dia ingin membinasakan Babilon.

      Inilah pembalasan Yehuwa dan Dia melakukan pembalasan demi Rumah-Nya.

  • Yeremia 51:27, 28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 “Angkatlah panji* di negeri itu.+

      Tiuplah trompet dalam kalangan bangsa-bangsa.

      Suruhlah bangsa-bangsa itu menyerangnya.

      Panggillah kerajaan Ararat,+ Mini, dan Askenas+ untuk berperang dengannya.

      Lantiklah seorang pegawai tentera untuk menyerangnya.

      Kerahkanlah kuda yang sebanyak anak belalang juta untuk menyerangnya.

      28 Suruhlah bangsa-bangsa menyerangnya.

      Ya, suruhlah raja-raja Media,+ para gabenornya, semua pembesarnya,

      Dan semua rakyat di bawah pemerintahan mereka untuk menyerangnya.

  • Yeremia 51:48
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 48 Langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di dalamnya

      Akan bersorak-sorai kerana kejatuhan Babilon.+

      Para pemusnah akan datang dari utara untuk menyerangnya,”+ firman Yehuwa.

  • Daniel 5:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 “PERES* bererti kerajaan tuanku dibahagi-bahagikan dan diberikan kepada orang Media dan Persia.”+

  • Daniel 5:30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 Pada malam itu juga, Belsyazar, iaitu raja orang Kasdim, dibunuh.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi