PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 26:32
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 32 Aku akan menyebabkan negeri kamu terbiar+ sehingga musuh yang akan menduduki negeri itu terperanjat+ semasa mereka melihat keadaan negeri itu.

  • 2 Tawarikh 36:20, 21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Dia juga membawa semua orang yang tidak dibunuh dengan pedang+ ke Babilon sebagai tawanan. Di sana, mereka dipaksa menjadi hamba kepada dia+ dan anak-anaknya sehingga kerajaan Persia mula memerintah.+ 21 Hal ini akan berlanjutan sehingga negeri itu telah membayar balik tahun-tahun Sabatnya.+ Negeri itu akan dibiarkan tandus selama 70 tahun untuk memenuhi Sabat.+ Demikianlah firman Yehuwa yang disampaikan oleh Yeremia+ menjadi kenyataan.

  • Yesaya 6:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Aku bertanya, “Sampai bilakah hal ini akan berlaku, ya Yehuwa?” Dia menjawab,

      “Sehingga kota-kota runtuh dan tidak dihuni lagi,

      Sehingga rumah-rumah tidak didiami lagi,

      Dan sehingga negeri ini kosong dan tandus;+

  • Yeremia 10:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Dengarlah! Inilah berita yang baru diterima!

      Kedengaran bunyi huru-hara dari negeri di utara.+

      Angkatan tentera datang dari situ untuk menjadikan kota-kota Yehuda tanah yang tandus dan tempat tinggal serigala.+

  • Yehezkiel 33:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Aku akan membuat negeri ini menjadi tandus dan sunyi,+ dan kekuatan yang dibangga-banggakan mereka itu akan lenyap. Gunung-gunung di Israel akan menjadi begitu lengang+ sehingga tiada seorang pun melintasinya.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi