-
Yeremia 49:19-21Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
19 “Lihatlah! Seperti seekor singa yang keluar dari semak belukar di sepanjang Sungai Yordan, seseorang akan keluar untuk menyerang padang-padang rumput yang aman.+ Tetapi seketika lagi, Aku akan membuat orang itu melarikan diri daripadanya. Kemudian Aku akan melantik orang yang telah Aku pilih untuk menguasainya. Siapakah yang setanding Aku? Siapakah yang berani mencabar Aku? Gembala manakah yang dapat menentang Aku?+ 20 Oleh itu, dengarlah keputusan Yehuwa berkenaan Edom dan apa yang hendak dilakukan-Nya terhadap penduduk Teman:+
Sesungguhnya anak-anak bebiri akan diseret pergi.
Dia akan membuat tempat tinggal mereka menjadi tanah yang tandus kerana penduduk itu.+
21 Bumi bergoncang kerana bunyi kejatuhan mereka.
Mereka menjerit-jerit,
Dan jeritan mereka itu akan kedengaran sampai ke Laut Merah.+
-