PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 7:15-20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Hiram membuat dua batang tiang tembaga.+ Setiap tiang berukuran 18 hasta tinggi, dan tiang itu dapat dililit dengan tali yang* berukuran 12 hasta panjang.+ 16 Dia membuat dua buah kepala tiang daripada tembaga untuk diletakkan di atas tiang-tiang itu. Setiap kepala tiang berukuran lima hasta tinggi. 17 Kepala-kepala tiang itu dihiasi dengan tujuh utas rantai berpintal yang disambung untuk menjadi satu rangkaian.+ Setiap kepala tiang mempunyai satu rangkaian rantai. 18 Untuk menghiasi kepala tiang, dia membuat hiasan berbentuk buah delima yang disusun dalam dua baris di sekeliling setiap rangkaian rantai. Dia juga berbuat demikian untuk kepala tiang yang satu lagi. 19 Kepala-kepala tiang di anjung Rumah Tuhan mempunyai hiasan berbentuk bunga bakung yang berukuran empat hasta tinggi. 20 Bahagian bulat kepala-kepala tiang, iaitu dekat tempat rangkaian rantai, diletakkan di atas dua batang tiang. Terdapat 200 biji buah delima yang disusun berbaris pada setiap kepala tiang.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi