PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 17:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Yehuwa terus memberikan peringatan kepada orang Israel dan orang Yehuda menerusi semua nabi dan utusan.*+ Dia berfirman, “Berbaliklah daripada haluan kamu yang jahat!+ Patuhilah arahan dan perintah-Ku serta segala sesuatu yang tertulis dalam hukum-Ku yang telah Aku berikan kepada nenek moyang kamu menerusi nabi-nabi-Ku.”

  • 2 Tawarikh 36:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Yehuwa, Tuhan nenek moyang mereka, terus-menerus menghantar utusan-Nya untuk memberikan amaran kepada mereka, kerana Dia mengasihani umat-Nya dan tempat suci-Nya.*

  • Nehemia 9:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Mereka langsung tidak mahu mendengar.+ Meskipun Engkau telah melakukan banyak perbuatan yang menakjubkan di hadapan mereka, mereka masih melupakan semua perbuatan-Mu itu. Mereka menjadi degil dan telah melantik seorang ketua untuk membawa mereka kembali ke Mesir dan menjadi hamba semula.+ Tetapi Engkau Tuhan yang sedia mengampuni, penuh rahmat, berbelas kasihan, tidak cepat marah, melimpah dengan kasih yang setia,+ dan Engkau tidak meninggalkan mereka.+

  • Nehemia 9:30
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 30 Engkau bersabar terhadap mereka+ selama bertahun-tahun dan terus memberikan amaran kepada mereka melalui nabi-nabi-Mu yang dipimpin oleh kuasa suci-Mu. Tetapi mereka enggan mendengar. Akhirnya Engkau menyerahkan mereka ke dalam tangan bangsa-bangsa lain.+

  • Yeremia 25:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Yehuwa juga berkali-kali mengutus semua hamba-Nya, iaitu nabi-nabi-Nya, kepada kamu, tetapi kamu menutup telinga dan tidak mahu mendengar.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi