PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 12:29-31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 29 “Yehuwa, Tuhan kamu, akan membinasakan bangsa-bangsa di tanah yang akan kamu takluki+ lalu kamu akan menduduki tanah mereka. 30 Selepas hal itu berlaku, berhati-hatilah agar kamu tidak terikut-ikut dengan cara mereka, kerana hal itu akan menjadi seperti jerat bagi kamu. Jangan mencari maklumat tentang tuhan-tuhan mereka dengan berkata, ‘Bagaimanakah bangsa-bangsa itu menyembah tuhan-tuhan mereka? Aku ingin mengikut cara yang sama.’+ 31 Jangan menyembah Yehuwa, Tuhan kamu, sepertimana mereka menyembah tuhan-tuhan mereka, kerana semasa mereka menyembah tuhan-tuhan mereka, mereka melakukan perkara-perkara jijik yang dibenci oleh Yehuwa. Mereka bahkan membakar anak-anak mereka sendiri sebagai persembahan kepada tuhan-tuhan mereka.+

  • 2 Raja-Raja 17:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Selain itu, mereka membakar anak lelaki dan anak perempuan sendiri di dalam api,*+ mengamalkan ilmu ramal,+ mencari petanda, dan memperhambakan diri untuk melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa. Ya, mereka telah membangkitkan kemurkaan-Nya.

  • 2 Tawarikh 28:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Ahas+ menjadi raja apabila dia berusia 20 tahun, dan dia memerintah di Yerusalem selama 16 tahun. Dia tidak seperti nenek moyangnya Daud, yang melakukan apa yang benar di mata Yehuwa.+

  • 2 Tawarikh 28:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Dia juga membakar korban di Lembah Hinom* sehingga asap naik dan membakar anak lelakinya di dalam api.+ Dia mengikut perbuatan keji yang diamalkan oleh bangsa-bangsa+ yang telah diusir oleh Yehuwa dari hadapan orang Israel.

  • 2 Tawarikh 33:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 33 Manasye+ menjadi raja semasa dia berusia 12 tahun, dan dia memerintah di Yerusalem selama 55 tahun.+

  • 2 Tawarikh 33:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Dia membakar anak-anak lelakinya di dalam api*+ di Lembah Hinom,+ mengamalkan ilmu sihir+ dan ilmu ramal, melantik bomoh, dan melantik tukang tilik.+ Dia membangkitkan kemurkaan Yehuwa dengan melakukan begitu banyak dosa di hadapan-Nya.

  • Yehezkiel 20:31
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 31 Kamu masih menajiskan dirimu sehingga hari ini. Ya, kamu masih mempersembahkan korban kepada berhala-berhala jijik kamu dengan membakar anak-anak lelaki kamu di dalam api.*+ Tetapi pada waktu yang sama, kamu datang untuk meminta petunjuk daripada-Ku. Patutkah Aku menjawab kamu, hai orang Israel?”’+

      “‘Aku bersumpah demi diri-Ku sendiri,’ firman Yehuwa, Tuhan yang hidup, Tuhan Yang Berdaulat, ‘bahawa Aku tidak akan menjawab kamu.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi