PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 13:26, 27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 kepada Musa, Harun, dan semua orang Israel yang berkumpul di Kades,+ di padang belantara Paran. Mereka melaporkan apa yang dilihat oleh mereka dan menunjukkan buah-buahan yang dibawa dari negeri itu. 27 Mereka berkata kepada Musa, “Kami telah menjelajahi negeri itu, dan kami mendapati bahawa negeri itu memang melimpah dengan susu dan madu.+ Inilah buah-buahan dari sana.+

  • Ulangan 6:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 “Yehuwa, Tuhan kamu, telah berjanji kepada nenek moyang kamu, iaitu Abraham, Ishak, dan Yakub, untuk memberi dan membawa kamu ke tanah itu+ yang mempunyai banyak kota yang besar dan cantik, yang tidak kamu bina.+ 11 Rumah-rumah di sana penuh dengan barang-barang yang baik, yang tidak kamu peroleh dengan usaha sendiri. Di sana juga terdapat perigi-perigi yang tidak kamu gali, dan ladang-ladang anggur serta ladang-ladang zaitun yang tidak kamu usahakan. Kamu akan mempunyai makanan yang begitu banyak sehingga kamu berasa puas sekali.+

  • Ulangan 8:7-9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Yehuwa, Tuhan kamu, sedang membawa kamu ke tanah yang subur itu.+ Tanah itu mempunyai banyak sungai,* mata air, dan sumber-sumber air yang lain, yang memancur dari bukit-bukit dan yang mengalir di kawasan dataran. 8 Di sana terdapat juga gandum, barli, pokok anggur, pokok ara, pokok delima,+ pokok zaitun, dan madu.+ 9 Di tanah itu, kamu akan mempunyai makanan yang berlimpah-limpah sehingga kamu tidak akan kekurangan apa-apa pun. Batu-batu di sana mengandungi besi, dan kamu dapat melombong tembaga dari bukit-bukit di situ.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi