PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 65:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  2 Sepanjang hari, Aku menghulurkan tangan-Ku kepada bangsa yang degil,+

      Yang berjalan di haluan yang jahat,+

      Dan yang mengikut fikiran mereka sendiri.+

  • Yeremia 7:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Tetapi mereka menutup telinga mereka dan tidak mahu mendengar.+ Mereka berkeras untuk hidup menurut fikiran dan keinginan hati mereka yang jahat.+ Mereka berundur dan tidak membuat kemajuan

  • Yeremia 7:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 Namun mereka tetap menutup telinga mereka dan tidak mahu mendengar.+ Mereka berdegil dan bertindak lebih teruk daripada nenek moyang mereka!

  • Yehezkiel 20:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 “‘“Tetapi mereka memberontak terhadap-Ku dan enggan mendengarkan firman-Ku. Mereka tidak membuang benda jijik yang ada di hadapan mereka dan tidak meninggalkan berhala-berhala dari Mesir yang menjijikkan.+ Oleh itu, Aku berjanji bahawa Aku akan melampiaskan kemarahan-Ku terhadap mereka dan membiarkan mereka merasai kemurkaan-Ku di Mesir.

  • Zakharia 7:11, 12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Tetapi mereka enggan mengambil peduli.+ Mereka degil+ dan mereka menutup telinga supaya tidak mendengar.+ 12 Hati mereka keras seperti berlian.*+ Mereka tidak mematuhi hukum dan perintah yang Aku, Yehuwa, sampaikan melalui para nabi yang dibimbing oleh kuasa suci-Ku.+ Itulah sebabnya Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, sangat murka terhadap mereka.”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi