-
Yesaya 39:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
39 Pada waktu itu, Raja Merodakh-baladan anak Baladan, iaitu raja Babilon, menghantar surat dan hadiah kepada Hizkia+ kerana dia telah mendengar bahawa Hizkia sakit dan baru sembuh.+ 2 Hizkia menyambut para utusan raja Babilon dengan senang hati lalu menunjukkan tempat penyimpanan hartanya+ kepada mereka. Hizkia menunjukkan perak, emas, minyak balsam, minyak-minyak mahal yang lain, dan semua perlengkapan senjatanya. Ya, dia menunjukkan segala sesuatu yang terdapat di dalam tempat penyimpanan hartanya. Tiada satu pun yang ada di dalam istananya atau di seluruh kerajaannya yang tidak ditunjukkannya kepada mereka.
-