PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 21:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Selain menyebabkan orang Yehuda berdosa dan melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa, Manasye juga membunuh begitu banyak orang yang tidak bersalah. Dia menyebabkan darah mereka memenuhi seluruh Yerusalem, iaitu dari satu hujung ke hujung yang lain.+

  • Yesaya 59:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  7 Kaki kamu bergegas melakukan kejahatan,

      Dan kamu tidak ragu-ragu untuk menumpahkan darah orang yang tidak bersalah.+

      Fikiran kamu ialah fikiran yang jahat;

      Kemusnahan dan kesengsaraan ada di jalan-jalan kamu.+

  • Yeremia 2:34
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 34 Pakaianmu juga kotor dengan kesan darah orang yang miskin dan tidak bersalah.+

      Meskipun Aku tidak nampak mereka pecah masuk ke dalam rumahmu,

      Aku masih nampak kesan darah mereka pada semua pakaianmu.+

  • Ratapan 4:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Tetapi hal itu berlaku disebabkan dosa para nabinya dan kesalahan para imamnya.+

      Mereka menumpahkan darah orang baik yang tinggal dalam kalangan mereka.+

  • Matius 23:34, 35
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 34 Oleh itu, aku akan mengutus nabi,+ orang bijak, dan guru kepada kamu.+ Beberapa orang antara mereka akan kamu bunuh+ dan gantung pada tiang. Ada yang akan kamu cambuk+ di rumah ibadat dan ada pula yang akan kamu aniaya+ dari kota ke kota. 35 Dengan demikian, kamu akan bertanggungjawab atas penumpahan darah semua orang yang melakukan apa yang benar, yang dibunuh di bumi, daripada darah Habel+ sehingga darah Zakharia anak Berekia, yang kamu bunuh di antara Rumah Tuhan dan mazbah.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi